Monday, October 19, 2009

MBSB kini di laboh ampang

Bahagian Pembiayaan Peribadi MBSB Kini Beroperasi Di Leboh Ampang
Jul 31, 2009

Bahagian Pembiayaan Peribadi MBSB kini mula beroperasi di lokasi baru di Bangunan MBSB, Pusat Bandar 13/15, Leboh Ampang bermula 27hb Julai 2009.

Pemindahan lokasi ini bertujuan untuk mempertingkatkan lagi keupayaan perkhidmatan di samping memberi kemudahan dan keselesaan yang lebih baik kepada pelanggan serta orang ramai. Segala urusan Pembiayaan Peribadi seperti perkhidmatan pelanggan, pemprosesan pinjaman, pentadbiran serta bahagian pemasaran akan berpusat di MBSB Leboh Ampang.

Operasi pemprosesan pinjaman kini dipergiat sehingga pukul 12.00 tengah malam. Usaha ini merupakan salah satu langkah bagi mempertingkatkan lagi operasi pemprosesan pinjaman untuk beroperasi selama 24 jam sehari kelak bagi memastikan segala urusan permohonan pelanggan dapat diproses dengan kadar segera. Langkah agresif ini sejajar dengan matlamat MBSB untuk memberi perkhidmatan yang cekap dan pantas kepada pelanggan.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi En. Azman Aziz atau Cik Fara Bahagian Pembiayaan Peribadi MBSB Leboh Ampang di talian 03–2072 4600/ 2072 4043 atau menghubungi talian bebas tol PFi MBSB Leboh Ampang 1–800–22–6000. Pelanggan-pelanggan juga boleh menghantar faks di talian 03-2072 4037.

MBSB kini giat mempromosikan pinjaman peribadi-i kepada kakitangan awam dengan memperkenalkan pakej istimewa serta menawarkan kadar faedah yang paling kompetitif di pasaran. Selain produk pembiayaan peribadi-i, MBSB juga menawarkan pakej pinjaman perumahan, akaun simpanan, dan peniagaan korporat.

No comments: